Thursday, September 4, 2014

Salam perkenalan

Salam perkenalan dan persahabatan,
Alhamdulillah,syukur ke hadrat Ilahi yang memberi saya idea dan kekuatan untuk memperkenalkan blog terbaru saya Inspirasi Izzah Sakinah-Bisnes Gaya Online.Ketika menulis entri pertama saya ini,cuaca diluar mendung selepas hujan berhenti tadi.Untuk merapatkan lagi persahabatan,saya perkenalkan diri.Nama saya Izzah Sakinah binti Ahamad Fadzil.Sahabat semua boleh memanggil saya Sakinah.Dilahirkan di Taiping,Perak.Saya membesar di banyak tempat seperti di Kuala Lumpur,Seremban dan terkini di Shah Alam.Seronok sangat kerana dapat menikmati kehidupan yang berlainan di setiap tempat.Bukan semua orang boleh dapat nikmat sebegini.SPM adalah sijil pendidikan tertinggi saya.
 Banyak pengalaman kerja yang pernah saya lalui seperti menjadi pengasuh taska.Pelbagai keletah kanak-kanak perlu diharungi mengingatkan kehidupan saya di zaman kanak-kanak.Selain itu juga,bekerja di Lembaga Zakat Selangor merupakan satu kelebihan,di mana saya dapat mempelajari apa itu zakat.Tidak semua orang tahu tentang cara pengiraan zakat dan ke mana zakat itu disalurkan.Saya sendiri masih kurang arif tentang zakat.Oh ya,saya juga pernah bekerja di sebuah butik songket.Pelbagai jenis songket yang dijual sama ada yang ditenun tangan atau dijahit mesin.Saya sendiri tidak pernah terfikir untuk mengenali songket sebelum bekerja di butik itu.
 Asyik memikirkan hal kerja saja,pening juga kepala ini.Oleh itu,saya memikirkan apa yang saya minati untuk mengisi masa lapang.Saya pasti semua orang mempunyai minat tersendiri.Kadang-kadang,minat tidak perlu difikirkan kerana ia boleh timbul tanpa disedari.Seperti saya,bidang jahitan,masakan,perniagaan dan mencari ilmu tentang islam adalah minat saya.Walaupun tiada langsung kepakaran tentang minat saya ini,tapi saya suka untuk mempelajarinya.
 Pelbagai cara digunakan untuk menjadikan minat saya ini diperluaskan dan siapa tahu ia juga boleh menjadi kepakaran saya.Bahan bacaan seperti buku,melayari internet,berkongsi tips dan petua dengan orang lain banyak membantu.
 Cukuplah setakat ini perkongsian tentang diri saya buat masa ini.Matlamat hidup saya adalah berkongsi ilmu perniagaan disamping mendapat pengalaman dalam kehidupan,memperoleh pendapatan sendiri dan dapat membantu keluarga dan orang lain.

No comments:

Post a Comment