Inspirasi Izzah Sakinah
Friday, October 3, 2014
Saturday, September 27, 2014
Mari menambah pahala di bulan Zulhijjah
Diam tak diam, dh smpi kita ke bulan Zulhijjah.Tiba-tiba terdetik hati untuk mengetahui apakah kelebihan bulan Zulhijjah ini.
Antara kelebihan bulan ini adalah:
1. Imam al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas
RA bahawa Baginda Nabi SAW bersabda yg bermaksud :
“Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan
pada hari-hari ini – iaitu sepuluh hari Zulhijjah-”. Para Sahabat Baginda
bertanya : “Apakah juga (pengecualian itu) termasuk jihad pada jalan Allah ?”.
Ujar Baginda : “Tidak juga (termasuk) berjihad pada jalan Allah kecuali bagi
seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang
apa-apa pun”.
2. Imam Ahmad Rahimahullah meriwayatkan dari Ibnu ‘Umar RA bahawa Baginda SAW
bersabda maksudnya : “Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai
kelebihan melainkan pada hari-hari sepuluh Zulhijjah ini, oleh kerana itu
perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah) , takbir (Allah Akbar) dan
tahmid (Alhamdu Lillah)”.
3. Ibnu Hibban di dalam kitab Sahihnya meriwayatkan dari Jabir RA
bahawa Baginda SAW bersabda : “Seutama-utama hari adalah hari ‘Arafah”.
JENIS AMALAN YANG DIANJURKAN PADANYA.
Pertama : Menunaikan ibadah haji dan ‘umrah yang merupakan sebaik-baik
amalan. Banyak hadith yang menyatakan kelebihan ibadah ini di antaranya : Sabda
Nabi SAW : “Satu ‘umrah ke ‘umrah yang lain menghapuskan (dosa) yang dilakukan
di antara keduanya dan haji yang baik (diterima) tiada baginya balasan
melainkan Syurga”.
Kedua : Berpuasa pada hari-hari
tersebut atau sekadar kemampuannya – terutamanya pada hari ‘Arafah. Dari
Abu Sa’id al Khudri RA berkata : ‘Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Tiada
seorangpun yang berpuasa pada satu hari di jalan Allah melainkan Allah
menjauhkan dengan puasanya itu mukanya dari api neraka sejauh tujuh puluh
tahun” (Muttafaq ‘alaih).
Imam Muslim Rahimahullah meriwayatkan dari Abi Qatadah RA bahawa
Rasulullah SAW bersabda : “Puasa pada hari ‘Arafah, saya mengharap Allah akan
menghapuskan (dosa) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang”.
Ketiga : Takbir (Allahu Akbar)
dan berzikir padanya, firman Allah Ta’ala yang bermaksud : “(Dan supaya mereka
menyebut nama Allah pada beberapa hari yang termaklum)”, hari-hari tersebut
dijelaskan sebagai sepuluh hari di bulan Zulhijjah. Oleh kerana itulah para
‘Ulama menyarankan supaya diperbanyakkan berzikir pada hari-hari tersebut
sebagaimana mafhum hadith Ibnu ‘Umar RA yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad
Rahimahullah, di antaranya : “Oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil
(La Ilaha Illa Allah) , takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah)”.
Lazimnya kita memahami zikir-zikir ini disebut pada hari-hari raya
sahaja, tetapi dalam hadis ini menunjukkan kita disarankan untuk
membanyakkannya pada 10 hari pertama.
Imam Al Bukhari meriwayatkan bahawa Ibnu ‘Umar dan Abu Hurairah RA
kedua mereka pada hari-hari tersebut selalu keluar ke pasar bertakbir dan
diikuti oleh orang ramai. Imam Ishaq meriwayatkan bahawa para Fuqaha’ (ahli
feqah) di kalangan Tabi’in (generasi selepas Sahabat Nabi) sentiasa membaca
pada hari-hari itu,
“[Allahu Akbar, Allahu Akbar, La Ilaha Illa Allah, wa Allahu
Akbar, Allahu Akbar, wa LillahI Hamdu]”.
Adalah amat digalakkan supaya suara ditinggikan ketika bertakbir
di pasar, rumah, jalan, masjid dan selainnya berdasarkan firman Allah Ta’ala
yang bermaksud : “( Dan supaya kamu membesarkan (bertakbir) Allah di atas
ni’matNya menghidayat kamu)”. Dibolehkan juga pada hari-hari tersebut berzikir
dengan apa-apa zikir yang lain dan segala do’a yang baik.
Keempat :
Bertaubat dan meninggalkan segala ma’siat dan dosa, semoga dengan amalan baik
dapat mencapai keampunan dan rahmat Allah. Ini kerana ma’siat adalah punca
kepada jauh dan terhindarnya seorang hamba dari rahmat Allah manakala ketaatan
pula adalah punca dekat dan kasihnya Allah kepadanya. Di dalam sebuah hadith
yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, Baginda Nabi SAW bersabda :
“Sesungguhnya Allah mencemburui (tidak suka) apabila seseorang hambaNya
melakukan perkara yang ditegahNya” (Muttafaq ‘alaihi).
Kelima : Memperbanyakkan amalan
soleh (baik) terutama amalan-amalan sunat tambahan seperti solat sunat,
bersedekah, berjihad, membaca al Quran, menyeru kepada kebaikan, mencegah
kemungkaran dan seumpamanya kerana kesemuanya akan digandakan pahalanya pada
hari-hari tersebut.
Amalan yang dikerjakan ketika itu walaupun ia kecil tetapi ianya
lebih disukai oleh Allah Ta’ala jika dibandingkan pada hari-hari lain, begitu
juga amalan yang besar seperti berjihad di jalan Allah yang dikatogerikan di
antara amalan yang terbaik, tidaklah mendapat kehebatan pahala pada hari-hari
itu melainkan apabila kuda (kenderaan) yang ditungganginya terbunuh (binasa)
dan darahnya keluar (dia cedera atau mati syahid).
Keenam : Disyari’atkan bertakbir
pada beberapa hari yang raya mulia itu pada waktu siang atau malam terutama
selepas menunaikan fardu solat lima waktu yang dikerjakan secara berjamaah.
Bagi mereka yang tidak menunaikan ‘ibadah haji, takbir bermula dari waktu subuh
hari ‘Arafah (9 Zulhijjah) dan bagi yang menunaikannya takbir bermula pada waktu
Zohor hari raya haji (10 Zulhijjah), kesemuanya berakhir sehingga waktu ‘Asar
pada hari ketiga belas (13) Zulhijjah.
Ketujuh :
Disyari’atkan amalan korban (menyembelih haiwan ternakan) pada hari raya haji
dan hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah). Ia merupakan sunnah (amalan)
Nabi Allah Ibrahim ‘AS setelah Allah Ta’ala mengujinya dengan perintah
menyembelih anaknya Ismail ‘AS tetapi ditebus ujian itu dengan digantikan
seekor haiwan untuk disembelih.
Kelapan : Imam
Muslim Rahimahullah meriwayatkan dari Ummu Salamah RA bahawa Nabi SAW bersabda
: “Apabila kamu telah melihat anak bulan Zulhijjah dan ada di kalangan kamu
yang ingin berkorban (sembelih haiwan ternakan), hendaklah dia menahan dirinya
dari (memotong) rambut dan kukunya”,
Dan di dalam riwayat lain : “Maka janganlah dia memotong rambut
dan kukunya sehinggalah dia berkorban”. Perintah (sunat) ini berkemungkinan ada
persamaan dengan hukum bagi mereka yang membawa haiwan ternakan (ketika
mengerjakan haji) dari kampung mereka yang telah dijelaskan oleh Allah Ta’ala,
maksudnya : “(Dan janganlah kamu mencukur rambut kamu sehinggalah haiwan
ternakan (yang dibawa untuk dihadiahkan dagingnya kepada penduduk Makkah) itu
sampai ke tempatnya)”. Larangan (memotong rambut dan kuku) ini pada zahirnya adalah
khusus kepada pemunya haiwan korban tersebut sahaja dan tidak termasuk isteri
dan anak-anaknya melainkan mereka juga mempunyai haiwan seumpamanya, dan tidak
mengapa jika yang berkenaan membasuh dan menggosok kepalanya kemudian terjatuh
beberapa helai rambutnya.
Kesembilan :
Setiap muslim hendaklah berusaha untuk menunaikan solat hari raya secara
berjamaah, menunggu mendengar khutbah yang dibaca oleh imam selepas selepas
solat tersebut supaya mendapat pengajaran daripadanya. Sepatutnyalah dia
mengetahui hikmat di sebalik perayaan ini ; ia merupakan hari menyatakan
kesyukuran dengan melakukan kebaikan.
Kesimpulan:
Kita disunatkan berpuasa selama 9 hari dari 1 hingga 9 Zulhijjah,
jika tidak mampu puasalah berapa hari yg mampu, atau paling kurang pada hari ke
9. Jika tidak mampu melakukan semua, janganlah tinggalkan semua. Begitu juga
amalan-amalan lain yang disebut di atas.
“Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini – iaitu sepuluh hari Zulhijjah-”. Para Sahabat Baginda bertanya : “Apakah juga (pengecualian itu) termasuk jihad pada jalan Allah ?”. Ujar Baginda : “Tidak juga (termasuk) berjihad pada jalan Allah kecuali bagi seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun”.
2. Imam Ahmad Rahimahullah meriwayatkan dari Ibnu ‘Umar RA bahawa Baginda SAW bersabda maksudnya : “Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari sepuluh Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah) , takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah)”.
Pertama : Menunaikan ibadah haji dan ‘umrah yang merupakan sebaik-baik amalan. Banyak hadith yang menyatakan kelebihan ibadah ini di antaranya : Sabda Nabi SAW : “Satu ‘umrah ke ‘umrah yang lain menghapuskan (dosa) yang dilakukan di antara keduanya dan haji yang baik (diterima) tiada baginya balasan melainkan Syurga”.
Wednesday, September 24, 2014
Siri 1 (terbit 25.9.2014)
RM30 (untuk pembeli 50 terawal sahaja)
Harga selepas ini RM50
Rahsia Khidmat Pelanggan, Usahawan Online
Bab 1: Urusniaga Online
Bab 2: Mengembirakan Pelanggan
Bab 3: Membina Keyakinan pelanggan
Bab 4: Menawan Hati Pelanggan
Bab 5: Menghargai Pelanggan
Bab 6: Kuasa Khidmat Pelanggan
Bab 7: Khidmat Pelanggan Profesional
Bab 8: Kuasa Suara Dan Gerak Hati
Bab 9: Tingatkan Bilangan Pelanggan
Setia
Bab 10: Tingkatkan Keuntungan Dengan Kuasa Pelanggan
Gembira
Wednesday, September 17, 2014
Jom Sertai Kami
Bagaimana pengurus online akademi, dapat membantu kalian menjana pendapatan hanya dari rumah.
daftar sebagai pengurus online akademi
* Hanya daftar dengan yuran pendaftaran pengurus online akademi
* Bonus 4 ebook (ebook belajar asas blog - ebook rujukan utama membina blog, ebook super wahm supermom perkongsian kisah sebenar wahm yang mula bekerja dari rumah, ebook panduan mula bisnes butik - panduan untuk membuka butik, dan ebook 101 idea home based bisnes cari idea untuk memulakan bisnes secara online dan panduan sebelum memulakan)
* Dapat belajar membina blog dalam kelas blog bisnes. Belajar hasilkan blog rakan niaga
* Blog tersebut boleh digunakan untuk produk sendiri juga.
Setelah mendaftar dan menghasilkan blog, kalian akan dibimbing bagaimana untuk mula mempromosi produk akademi - iaitu produk digital ebook, pakej sewaan iklan, dan kelas online/ bengkel anjuran akademi bekerja dirumah. Mula belajar promosi produk ini melalui blog dan facebook. Komisen akan dibayar secara terus kepada kalian, melalui pendaftaran pelajar ke kelas online/bengkel, atau belian ebook atau tempahan iklan.
Ini bukan omongan kosong, kerana sudah ada pasukan pengurus online akademi yang beroleh hasil seperti ini. Tapi dengan syarat utama, ikut apa yang telah diajar, mula praktik, mula promosi, dan yang lebih penting berserah pada Allah swt atas semua daya usaha yang telah dilakukan.
Bila sudah sedia boleh mula daftar ya
Thursday, September 4, 2014
Salam perkenalan
Salam perkenalan dan persahabatan,
Alhamdulillah,syukur ke hadrat Ilahi yang memberi saya idea dan kekuatan untuk memperkenalkan blog terbaru saya Inspirasi Izzah Sakinah-Bisnes Gaya Online.Ketika menulis entri pertama saya ini,cuaca diluar mendung selepas hujan berhenti tadi.Untuk merapatkan lagi persahabatan,saya perkenalkan diri.Nama saya Izzah Sakinah binti Ahamad Fadzil.Sahabat semua boleh memanggil saya Sakinah.Dilahirkan di Taiping,Perak.Saya membesar di banyak tempat seperti di Kuala Lumpur,Seremban dan terkini di Shah Alam.Seronok sangat kerana dapat menikmati kehidupan yang berlainan di setiap tempat.Bukan semua orang boleh dapat nikmat sebegini.SPM adalah sijil pendidikan tertinggi saya.
Banyak pengalaman kerja yang pernah saya lalui seperti menjadi pengasuh taska.Pelbagai keletah kanak-kanak perlu diharungi mengingatkan kehidupan saya di zaman kanak-kanak.Selain itu juga,bekerja di Lembaga Zakat Selangor merupakan satu kelebihan,di mana saya dapat mempelajari apa itu zakat.Tidak semua orang tahu tentang cara pengiraan zakat dan ke mana zakat itu disalurkan.Saya sendiri masih kurang arif tentang zakat.Oh ya,saya juga pernah bekerja di sebuah butik songket.Pelbagai jenis songket yang dijual sama ada yang ditenun tangan atau dijahit mesin.Saya sendiri tidak pernah terfikir untuk mengenali songket sebelum bekerja di butik itu.
Asyik memikirkan hal kerja saja,pening juga kepala ini.Oleh itu,saya memikirkan apa yang saya minati untuk mengisi masa lapang.Saya pasti semua orang mempunyai minat tersendiri.Kadang-kadang,minat tidak perlu difikirkan kerana ia boleh timbul tanpa disedari.Seperti saya,bidang jahitan,masakan,perniagaan dan mencari ilmu tentang islam adalah minat saya.Walaupun tiada langsung kepakaran tentang minat saya ini,tapi saya suka untuk mempelajarinya.
Pelbagai cara digunakan untuk menjadikan minat saya ini diperluaskan dan siapa tahu ia juga boleh menjadi kepakaran saya.Bahan bacaan seperti buku,melayari internet,berkongsi tips dan petua dengan orang lain banyak membantu.
Cukuplah setakat ini perkongsian tentang diri saya buat masa ini.Matlamat hidup saya adalah berkongsi ilmu perniagaan disamping mendapat pengalaman dalam kehidupan,memperoleh pendapatan sendiri dan dapat membantu keluarga dan orang lain.
Alhamdulillah,syukur ke hadrat Ilahi yang memberi saya idea dan kekuatan untuk memperkenalkan blog terbaru saya Inspirasi Izzah Sakinah-Bisnes Gaya Online.Ketika menulis entri pertama saya ini,cuaca diluar mendung selepas hujan berhenti tadi.Untuk merapatkan lagi persahabatan,saya perkenalkan diri.Nama saya Izzah Sakinah binti Ahamad Fadzil.Sahabat semua boleh memanggil saya Sakinah.Dilahirkan di Taiping,Perak.Saya membesar di banyak tempat seperti di Kuala Lumpur,Seremban dan terkini di Shah Alam.Seronok sangat kerana dapat menikmati kehidupan yang berlainan di setiap tempat.Bukan semua orang boleh dapat nikmat sebegini.SPM adalah sijil pendidikan tertinggi saya.
Banyak pengalaman kerja yang pernah saya lalui seperti menjadi pengasuh taska.Pelbagai keletah kanak-kanak perlu diharungi mengingatkan kehidupan saya di zaman kanak-kanak.Selain itu juga,bekerja di Lembaga Zakat Selangor merupakan satu kelebihan,di mana saya dapat mempelajari apa itu zakat.Tidak semua orang tahu tentang cara pengiraan zakat dan ke mana zakat itu disalurkan.Saya sendiri masih kurang arif tentang zakat.Oh ya,saya juga pernah bekerja di sebuah butik songket.Pelbagai jenis songket yang dijual sama ada yang ditenun tangan atau dijahit mesin.Saya sendiri tidak pernah terfikir untuk mengenali songket sebelum bekerja di butik itu.
Asyik memikirkan hal kerja saja,pening juga kepala ini.Oleh itu,saya memikirkan apa yang saya minati untuk mengisi masa lapang.Saya pasti semua orang mempunyai minat tersendiri.Kadang-kadang,minat tidak perlu difikirkan kerana ia boleh timbul tanpa disedari.Seperti saya,bidang jahitan,masakan,perniagaan dan mencari ilmu tentang islam adalah minat saya.Walaupun tiada langsung kepakaran tentang minat saya ini,tapi saya suka untuk mempelajarinya.
Pelbagai cara digunakan untuk menjadikan minat saya ini diperluaskan dan siapa tahu ia juga boleh menjadi kepakaran saya.Bahan bacaan seperti buku,melayari internet,berkongsi tips dan petua dengan orang lain banyak membantu.
Cukuplah setakat ini perkongsian tentang diri saya buat masa ini.Matlamat hidup saya adalah berkongsi ilmu perniagaan disamping mendapat pengalaman dalam kehidupan,memperoleh pendapatan sendiri dan dapat membantu keluarga dan orang lain.
Subscribe to:
Posts (Atom)